| Pengenalan |
|
|
|
|
Sejajar dengan perkembangan pesat dunia dalam bidang teknologi IT, pihak iLuvislam telah merangka pelbagai strategi bagi menjadikan portal iLuvislam.com ini sentiasa sejajar dengan peredaran dunia. Justeru, gadgets.iluvislam.com ini dibina bertujuan untuk merialisasikan matlamat ini disamping menjadi portal perkongsian pintar antara anda dan kami di dalam bidang IT yang serba maju kini khususnya gadgets. Selain maklumat mengenai gadgets untuk website, laman web ini juga turut memperluaskan skop dan menyiarkan maklumat mengenai gadgets lain seperti kamera, MP3, notebook, PDA, telefon bimbit dan alatan elektronik yang lain. Di portal ini juga pengunjung boleh menggunakan gadgets khas dari iLuvislam seperti kalender Hijrah yang sedia ada sekarang secara percuma. Hanya perlu copy paste HTML code ke website anda. Mudah bukan! InsyaAllah, gadgets yang lain khas dari iLuvislam akan menyusul kemudian. Semoga portal ini bermanfaat kepada semua. Gunakanlah apa yg ada dengan sebaiknye. Jika mempunyai sebarang pertanyaan mahupun cadangan, maka bolehlah diajukan kepada kami. Sebarang kesalahan dan kesulitan amatlah kami kesali dan kami memohon maaf atas segala ketelanjuran. |